Willowglen peroleh kontrak RM17.8 juta naik taraf sistem maklumat awam MRT Laluan Kajang

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Willowglen peroleh kontrak RM17.8 juta naik taraf sistem maklumat awam MRT Laluan Kajang Image from: Willowglen peroleh kontrak RM17.8 juta naik taraf sistem maklumat awam MRT Laluan Kajang amree06/10/2026 - 18:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Okt – Willowglen MSC Berhad memperoleh kontrak bernilai RM17.8 juta daripada Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi menaik taraf sistem pengumuman awam dan paparan maklumat penumpang (PA/PIDS) untuk MRT Laluan Kajang.

 

Kumpulan dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Willowglen (Malaysia) Sdn Bhd, pada 2 Oktober 2026, dengan kerja bermula pada tarikh tersebut dan disiapkan 1 Oktober 2028.

 

Kontrak berkenaan melibatkan kerja menaik taraf PA/PIDS, yang menjadi antara komponen penting dalam penyampaian maklumat perjalanan semasa kepada pengguna laluan rel transit sejauh 47 kilometer itu.

 

"Tender tersebut dijangka memberi sumbangan yang positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 hingga 2028," jelas Willowglen.

 

Tempoh pelaksanaan selama dua tahun itu memberi aliran kerja sehingga 2028, selain mengukuhkan lagi penglibatan kumpulan dalam projek sistem teknologi dan infrastruktur pengangkutan awam.

 

Willowglen_DagangNews2026

 

Ujarnya, kontrak tersebut bagaimanapun tidak boleh diperbaharui, manakala risiko berkaitan pelaksanaannya adalah risiko perniagaan biasa yang lazim bagi kontrak seumpama itu.

 

Willowglen turut memaklumkan, tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.

 

"Kebenaran daripada pelanggan berkenaan untuk membuat pengumuman mengenai kontrak ini diperoleh pada 6 Oktober 2026," jelas kumpulan itu.

 

Kontrak baharu tersebut dijangka menambah nilai kepada buku kerja Willowglen dan menyokong prestasi kewangan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan sehingga 2028.

 

Projek itu turut memperluas penglibatannya dalam rumusan teknologi untuk sistem pengangkutan awam, khususnya yang berkaitan penyampaian maklumat serta komunikasi dengan penumpang.

 

Willowglen kini mempunyai tambahan projek untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, dengan kumpulan menjangkakan kesan positif bagi tiga tahun kewangan bermula 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved