Mesiniaga menang kontrak RM32 juta sediakan sistem MyGST Kastam Diraja

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 5:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mesiniaga menang kontrak RM32 juta sediakan sistem MyGST Kastam Diraja Image from: Mesiniaga menang kontrak RM32 juta sediakan sistem MyGST Kastam Diraja liza06/10/2026 - 17:31 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Okt – Mesiniaga Berhad memenangi kontrak bernilai RM32.3 juta daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan perkakasan, aplikasi dan pembaharuan lesen sistem MyGST untuk tempoh 24 bulan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Mesiniaga berkata, kontrak itu diperoleh menerusi Surat Setuju Terima yang ditandatangani dan diterima daripada JKDM pada 6 Oktober 2026.

 

“Kontrak bernilai RM32.3 juta itu termasuk Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dikenakan kerajaan serta berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2026 dan akan tamat pada 15 Oktober 2028.

 

“Skop kontrak merangkumi perkhidmatan penyelenggaraan perkakasan, aplikasi serta pembaharuan lesen sistem MyGST milik JKDM,” katanya.

 

Mesiniaga berkata, kontrak berkenaan tidak mempunyai klausa pembaharuan secara automatik selepas tamat tempoh.

 

Dari segi pelaksanaan, syarikat berkata risiko utama kontrak berkaitan keupayaan memenuhi komitmen tahap perkhidmatan  dan tempoh masa yang ditetapkan oleh JKDM.

 

Mesiniaga bagaimanapun berkata, pihaknya telah mengambil langkah yang diperlukan bagi mengurangkan risiko berkaitan pelaksanaan kontrak tersebut.

 

Dijangka sumbang positif kepada pendapatan

Dalam pada itu, tiada pengarah, pemegang saham utama atau mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan pengarah dan pemegang saham utama Mesiniaga mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak tersebut.

 

Lembaga Pengarah Mesiniaga berpandangan kontrak itu adalah dalam perjalanan biasa perniagaan syarikat dan demi kepentingan terbaik kumpulan.

 

Dari segi kewangan, kontrak itu tidak memberi kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama Mesiniaga.

 

Sebaliknya, syarikat menjangkakan kontrak berkenaan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 dan seterusnya sehingga kontrak selesai.- DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved