Kong Pak Lim dilantik sebagai Pengarah Urusan UOA Development mulai 13 Ogos 2026

13 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kong Pak Lim dilantik sebagai Pengarah Urusan UOA Development mulai 13 Ogos 2026 Image from: Kong Pak Lim dilantik sebagai Pengarah Urusan UOA Development mulai 13 Ogos 2026 hamden13/08/2026 - 15:47 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Ogos - UOA Development Bhd melantik semula Pengerusinya, Kong Pak Lim, sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 13 Ogos 2026, dalam langkah yang mengukuhkan kesinambungan kepimpinan dan strategi pembangunan hartanah kumpulan.

 

UOA Development dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Pak Lim akan bertanggungjawab menyelia perancangan dan reka bentuk projek komersial serta kediaman kumpulan, selain mengendalikan pemerolehan tanah baharu.

 

Berlatarbelakangkan kejuruteraan, Pak Lim mempunyai pengalaman lebih 47 tahun dalam sektor pembinaan, perlombongan dan pembangunan hartanah di Malaysia serta Australia.

 

Beliau mengambil alih peranan itu daripada pengasas bersama kumpulan, Kong Chong Soon @ Chi Suim, atau lebih dikenali sebagai CS Kong, yang meninggal dunia pada usia 85 tahun pada 27 Mei 2026.

 

Sze Choon dilantik Pengerusi

Sementara itu dalam pengumuman berasingan, UOA Development melantik Kong Sze Choon sebagai Pengerusi baharu kumpulan.

 

Sze Choon, yang merupakan anak kepada mendiang CS Kong tetapi tidak mempunyai pertalian keluarga dengan Pak Lim, kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UOA Real Estate Investment Trust (UOA REIT).

 

Beliau menyertai kumpulan UOA pada 2002, dengan pengalaman dalam bidang pajakan, jualan, pemasaran dan pembangunan perniagaan bagi projek komersial serta kediaman.

 

Sebelum menyertai UOA, beliau pernah mengurus portfolio pelaburan untuk individu bernilai bersih tinggi di institusi kewangan di Singapura.

 

UOA Development mempunyai projek mercu tanda Bangsar South, pembangunan seluas 60 ekar yang mengubah kawasan Kampung Kerinchi menjadi hab bersepadu merangkumi komponen kediaman, komersial dan gaya hidup.

 

Kumpulan itu turut mengembangkan operasi ke luar Lembah Klang buat kali pertama pada tahun lalu menerusi projek pembangunan seluas satu ekar di Johor Bahru. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved