Xiaomi Smart Band 10 Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM219

TechnologyDigital
27 Jun 2025 • 6:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi memperkenalkan Smart Band 10 secara rasmi di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM219. Peranti ini hadir dengan paparan AMOLED 1.1 inci yang terang dan jelas untuk kegunaan harian. Reka bentuknya yang nipis dan ringan membolehkan ia dipakai dengan selesa sama ada ketika bersukan mahupun menjalani rutin harian yang santai.

image is not available

Gelang tangan pintar ini menyokong lebih daripada 100 mod senaman, serta dilengkapi dengan ciri pemantauan SpO₂, kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan kualiti tidur. Ia turut menyediakan pemantauan khusus bagi kesihatan wanita. Sensor terbina dalam membolehkan pemantauan kesihatan dilakukan secara menyeluruh dan berterusan sepanjang hari.

image is not available
Xiaomi Smart Band 10 Ceramic Version

Xiaomi Smart Band 10 turut menawarkan ketahanan air pada tahap 5ATM membolehkan ia digunakan ketika berenang di dalam kolam. Ia juga dilengkapi dengan mod khas untuk aktiviti renang yang mampu mengesan gaya renangan pengguna secara automatik. Model terbaharu ini juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 21 hari dengan sekali pengecasan.

image is not available
Xiaomi Smart Band 10 Standard Version

Menariknya, tali jam ini boleh diganti dengan pelbagai pilihan warna mengikut kesesuaian gaya pengguna. Selain itu, paparan muka jam digital turut boleh dimuat turun bagi membolehkan pengguna menyesuaikan reka bentuk paparan selari dengan citarasa peribadi.

image is not available

Harga jualan bermula pada RM219 bagi versi standard dan RM299 bagi versi seramik. Namun, bersempena promosi sehingga 31 Julai 2025, anda boleh mendapatkannya pada harga istimewa iaitu RM179 untuk versi standard dan RM249 untuk versi seramik tertakluk kepada ketersediaan stok.