Yinson GreenTech raih kontrak sewaan Hydromover kedua di Singapura selama setahun

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 3:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Yinson GreenTech raih kontrak sewaan Hydromover kedua di Singapura selama setahun Image from: Yinson GreenTech raih kontrak sewaan Hydromover kedua di Singapura selama setahun hamden07/09/2026 - 15:49 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Sept - MarinEV, perniagaan elektrifikasi marin Yinson GreenTech, memperoleh kontrak sewaan bareboat selama setahun dengan HHH Marine & Logistics (HHH Marine) bagi Hydromover 1.0, sekali gus menandakan kontrak komersial kedua platform kapal elektrik itu di Singapura dalam tempoh kurang sebulan.

 

Perjanjian tersebut susulan kontrak sewaan bareboat Hydromover 2.0 kepada OPL Services pada Julai 2026, sekali gus memperluas penggunaan komersial platform Hydromover kepada pengendali maritim lain dengan profil operasi berbeza di Pelabuhan Singapura.

 

Hydromover 1.0 mula digunakan HHH Marine pada 17 Ogos 2026 dalam operasi logistik maritim harian bagi mengangkut bekalan kapal dari terminal pelabuhan ke kapal yang sedang berlabuh.

 

Kontrak berkenaan mempunyai tempoh awal selama setahun dengan pilihan untuk dilanjutkan.

 

Penggunaan Hydromover 1.0 turut merangkumi Marine Digital Platform (MDP), platform kecerdasan digital milik marinEV bagi pengurusan armada, pemantauan prestasi serta pengoptimuman operasi.

 

Sebelum digunakan secara komersial, Hydromover 1.0 menjalani penambahbaikan sistem bateri yang meningkatkan kapasiti tenaga dan fleksibiliti operasi bagi menyokong tempoh operasi lebih panjang serta keperluan komersial harian.

 

yinsonrv

 

Beralih daripada demonstrasi kepada operasi komersial

Pengarah Urusan marinEV, Jan-Viggo Johansen berkata, peralihan Hydromover 1.0 daripada demonstrasi teknologi kepada perkhidmatan komersial berkontrak menunjukkan perkembangan penggunaan kapal elektrik dalam operasi maritim sebenar.

 

Katanya, pengalaman operasi sebenar membolehkan marinEV meningkatkan kapasiti tenaga dan fleksibiliti operasi kapal, selain membantu membentuk pembangunan Hydromover 2.0.

 

“Berjaya mendapatkan kontrak kedua Hydromover dalam tempoh kurang sebulan, dengan pengendali baharu dan profil operasi yang berbeza, merupakan petanda menggalakkan bahawa pasaran sedang beralih daripada fasa demonstrasi kepada penggunaan komersial.

 

“Fokus kami kini adalah untuk memanfaatkan momentum tersebut dan terus meningkatkan daya saing operasi serta komersial kapal pelabuhan elektrik ketika penggunaannya diperluaskan,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved