Zamri Vinoth Mengaku Tidak Bersalah Keluar Kenyataan Cetus Kegentaran Awam

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 12:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mendedahkan empat individu termasuk pendakwah bebas, Zamri Vinoth akan dituduh di mahkamah berasingan pada hari ini (17 Mac).

Ia melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Zamri Vinoth Mengaku Tidak Bersalah

Terbaharu, Zamri yang merupakan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan terbabit.

Zamri membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan dan mohon dibicarakan.

Zamri didakwa mengeluarkan kenyataan di Facebook di mana ia dilihat berpotensi boleh menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Zamri pada 3 Februari lalu kira-kira jam 12.22 tengah hari di Restoran Nasi Kandar, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Zamri didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (Akta 574). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

3 Individu Didakwa Keluar Kenyataan Sensitif Di Mahkamah Berbeza

Sekadar info, tiga individu termasuk Zamri hari ini (17 Mac) hadir ke mahkamah berasingan bagi menghadapi pertuduhan.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengeluarkan kenyataan hingga boleh mencetuskan provokasi mengenai isu agama dan perkauman.

Selain Zamri, dua lagi individu adalah aktivis D. Arumugam atau Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang dan pemandu e-hailing P. Mahendra Bhoopaty di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.

Arun turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluar kenyataan di Instagram miliknya “@arun_dorasamy” dengan niat menyebabkan ketakutan kepada orang awam pada Mac lalu.

Hantaran itu kemudian dilihat dan didengar oleh seorang individu bernama Nor Al Firdaus Nor Al Huda di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan kira-kira jam 3.45 petang pada 12 Mac 2025.

Kenyataan yang dipersoalkan itu berbunyi: “Sekiranya begini cara pihak polis atau kerajaan PM akan melayan penganut Hindu, kami tidak mempunyai pilihan lain. Kami akan turun ke jalanan. Kami terpaksa turun ke jalanan,” lapor Harian Metro.

Manakala, P. Mahendra Bhoopaty didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli atas pertuduhan membuat hantaran di media sosial yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Berdasarkan pertuduhan, Mahendra memuat naik video di Facebook miliknya yang berpotensi menyebabkan kegentaran awam selain mendorong sesuatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kenyataannya berbunyi ‘kalau kuil India di bawah jambatan haram, yang ni masjid bawah jambatan flyover macam mana haram ke halal eh cuba terangkan’, lapor Harian Metro.

Dia kemudiannya memohon maaf kepada umat Islam kerana menyebarkan video dengan kenyataan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Dua Lelaki, Disyaki Muat Naik Hantaran Berunsur Ugutan Terhadap PMX & Hina Kerajaan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Muat Naik Video Hina Anwar Ibrahim Ditahan Polis