Zubir Khan, Dr Heama Maleini sah suami isteri dengan sekali lafaz

31 Jul 2026 • 7:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Zubir Khan, Dr Heama Maleini sah suami isteri dengan sekali lafaz

PERKENALAN menerusi laman Instagram akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin. Penyanyi dan komposer lagu Tamil terkenal, Zubir Khan, selamat disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Dr Heama Maleini Balasubramaniam, pada petang Jumaat.

Zubir, atau nama penuhnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, sah bergelar suami kepada Dr Heama dengan hanya sekali lafaz.

Dalam majlis tersebut, pelantun lagu OMK (Oh My Kadhale) itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan.

Image from: Zubir Khan, Dr Heama Maleini sah suami isteri dengan sekali lafaz

Kedua-dua mempelai tampil anggun dan segak dalam busana tradisional masyarakat India. Zubir mengenakan persalinan sherwani yang dilengkapi selendang dupatta, manakala Heama kelihatan cukup mempesonakan dalam busana sari berwarna merah.

Selesai acara ijab dan kabul, majlis diteruskan dengan upacara menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan serta penyerahan dulang berisi barang kemas.

Untuk rekod, Zubir dan Dr Heama telah terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada April yang lalu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved