10,000 CCTV Kuala Lumpur dipantau polis

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10,000 CCTV Kuala Lumpur dipantau polis

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat kawalan yang membolehkan polis mengakses sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di seluruh ibu kota dengan lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, inisiatif itu penting berikutan terdapat kira-kira 10,000 unit CCTV di seluruh Kuala Lumpur, selain berupaya meningkatkan kecekapan operasi pemantauan serta tindakan terhadap insiden keselamatan dan aliran trafik.

“DBKL dan polis sememangnya dalam perbincangan untuk mewujudkan command centre kedua yang senang untuk diakses oleh pihak polis.

“Sekarang ini, walaupun kita (DBKL) ada CCTV pintar, kita banyak bergantung kepada polis untuk turun ke lapangan bagi memastikan trafik berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, pihaknya memperuntukkan RM60,000 bagi penyediaan peralatan ICT untuk kegunaan kaunter hadapan IPD Sentul serta tiga balai polis di bawah pentadbirannya.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM100,000 lagi disalurkan bagi membantu menampung sebahagian kos logistik anggota polis yang terlibat dalam program anjuran DBKL.

Hannah berkata kerjasama erat antara DBKL dan polis amat diperlukan dalam pengurusan pelbagai acara di ibu kota termasuk urusan penutupan jalan bagi acara larian dan konsert selain membanteras aduan jenayah serta penipuan dalam talian. – Bernama

The post 10,000 CCTV Kuala Lumpur dipantau polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved