10 cedera kemalangan roller coaster di Subang Jaya

24 Aug 2026 • 3:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

PETALING JAYA: Seramai 10 individu termasuk pelancong asing cedera selepas terlibat dalam kemalangan permainan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 11.45 pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berkenaan berlaku kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lalu.

“Ketika kejadian, seramai 22 individu terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia antara 11 hingga 44 tahun sedang menaiki permainan kenderaan lungsur berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berkenaan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-7862 7100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.- UTUSAN

 

The post 10 cedera kemalangan roller coaster di Subang Jaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved