Penunggang, pembonceng cedera langgar pintu kereta

24 Aug 2026 • 8:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang, pembonceng cedera langgar pintu kereta

AMPANG JAYA – Seorang penunggang motosikal dan pembonceng cedera selepas motosikal dinaiki mereka melanggar pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba di Jalan Bunga Mawar 3, Taman Muda, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima satu laporan kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika penunggang motosikal bersama pembonceng dalam perjalanan dari Tasik Permai menghala ke Taman Muda.

“Ketika sedang bergerak lurus, sebuah kereta berhenti dan penumpang belakang sebelah kiri membuka pintu.

“Penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar pintu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng terjatuh ke tepi jalan serta mengalami kecederaan dan kedua-dua mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian penumpang kereta yang dengan cuai membuka pintu.

“Tindakan kompaun dikenakan kepada pemandu kereta di bawah Kaedah 10 LN 166/59,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang, pembonceng cedera langgar pintu kereta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved