22 individu naik roller coaster di taman tema terlibat kemalangan

24 Aug 2026 • 12:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 22 individu naik roller coaster di taman tema terlibat kemalangan
Foto tular insiden kemalangan roller coaster yang mengakibatkan kecederaan 10 individu di sebuah taman tema. Gambar kecil: Wan Azlan

SUBANG JAYA - Polis menyiasat insiden kemalangan roller coaster yang mengakibatkan kecederaan 10 individu di sebuah taman tema di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam sebelum satu laporan diterima pihaknya pada jam 11.45 pagi keesokan hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati terdapat seramai 22 penumpang roller coaster terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun sedang bermain permainan tersebut.

"Kemalangan telah berlaku dan mengakibatkan 10 mangsa mengalami kecederaan.

"Mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan di sekitar Subang Jaya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan pihak polis berkaitan insiden itu.

"Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved