10 cedera kemalangan roller coaster di Subang Jaya, tiada kematian dilaporkan

24 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 10 cedera kemalangan roller coaster di Subang Jaya, tiada kematian dilaporkan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi semalam, namun siasatan mendapati kejadian sebenarnya berlaku kira-kira 9 malam, Sabtu.

SUBANG JAYA: Sebanyak 10 individu termasuk pelancong luar negara cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan permainan roller coaster di sebuah taman tema di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi semalam, namun siasatan mendapati kejadian sebenarnya berlaku kira-kira 9 malam, Sabtu.

READ MORE: Penang uncle plays guitar at Batu Lanchang Market to raise funds for wife’s chemotherapy

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat 22 orang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun sedang bermain permainan kenderaan lungsur berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapat rawatan.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan terbabit dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved