Lelaki Bangladesh direman empat hari kes cabul dalam LRT

24 Aug 2026 • 3:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

tahanan

tahanan

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Bangladesh direman empat hari bagi membantu siasatan kes mencabul seorang wanita di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Setiawangsa dekat sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi pada 19 Ogos lalu apabila mangsa berada di dalam tren dari Stesen Wangsa Maju menuju Stesen Pasar Seni.

“Mangsa menyedari seorang lelaki warga Bangladesh telah mencabulnya dengan cara menggeselkan kemaluannya pada bahagian belakang badan mangsa.

“Suspek kemudiannya berjaya dikenal pasti dan ditahan oleh Polis Bantuan Prasarana di Stesen LRT Pasar Seni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan pada kira-kira pukul 11.30 pagi di Stesen LRT Pasar Seni pada 21 Ogos lalu.
Katanya, suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Perintah reman terhadap suspek diberikan selama empat hari bermula Sabtu lalu sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Khairul Anuar, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.- UTUSAN

The post Lelaki Bangladesh direman empat hari kes cabul dalam LRT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved