![10 Iklan Sempena Deepavali Yang Patut Korang Tonton [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/Iklan.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya musim perayaan, selain sibuk membuat persiapan seperti rumah, pakaian atau makanan sahaja kita semua juga akan menunggu iklan perayaan yang dikeluarkan syarikat korporat atau jenama.
Yelah iklan pada musim perayaaan ini biasanya tidak hanya memperkenalkan jenama produk sebaliknya ia satu cerita pendek yang sarat dengan mesej untuk penonton.
Ada iklan yang menjadi kegemaran, tak kurang juga ada yang turut meninggalkan kesan emosi kepada penonton. Jadi boleh dikatakan iklan ketika ini mempunyai nilai yang mendalam dan bukan sekadar untuk mengetengahkan produk mahupun sesuatu jenama sahaja.
Memandangkan Deepavali juga hampir tiba, jom kami kongsikan kepada korang senarai iklan wajib korang tonton sempena perayaan ini:
#1 Watson
Iklan dari Watson ini menceritakan kekecohan sesebuah keluarga dalam membuat persiapan Deepavali. Kalau tak kecoh memang tak sah, yelah nak kemas rumah, nak masak, nak siapkan diri di pagi Deepavali.
Namun apa yang membuatkan ia bermakna adalah kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli keluarga, meskipun ada timbulnya sedikit salah faham dan sebagainya namun momen seperti ini yang mengeratkan sebuah keluarga.
#2 MR DIY
Setiap di antara kita pasti pernah mendapat mesej ucapan bergambar atau video daripada warga emas atau ibu bapa pada waktu pagi bukan?
Namun anak muda kebiasaannya hanya membaca mesej tersebut atau kata orang ‘blue tick’ dan kemudian menyepi. Yelah mungkin mesej seperti ini tidak memberi makna yang besar buat mereka.
Hakikatnya mesej tersebut bukanlah sekadar ucapan tetapi ia adalah cara ibu bapa atau warga emas ini berkomunikasi secara ringkas.
Iklan MR DIY kali ini membuktikan betapa mesej tersebut penting sehingga mampu menyelamatkan nyawa seseorang.
#3 AmBank
Setiap kaum pastinya mempunyai budaya yang tersendiri dan perkara itu adakalanya dizahirkan menerusi makanan, gaya hidup, pakaian dan banyak lagi.
Umum mengetahui memakai sari bukanlah satu perkara yang mudah, bahkan penampilan seorang wanita yang memakai sari ini perlu sentiasa kelihatan kemas.
Iklan AmBank pada tahun ini mengetengahkan bagaimana setiap perincian dan lipatan sari yang dipakai oleh seorang isteri penting buat suami dan anaknya.
Bukan sekadar cantik, rupanya ada seni dalam setiap lipatan tersebut.
#4 Mah Sing
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyelami kehidupan setiap kaum dan memahami perkara sebenar tanpa mempunyai sebarang stereotaip mahupun andaian kepada sesuatu perkara.
Iklan Mah Sing menunjukkan bagaimana setiap di antara kita mempunyai andaian tersendiri terhadap sesuatu perkara. Namun dalam realiti sebenar mereka juga hidup sama seperti orang lain dalam kehidupan yang penuh dengan budaya, kasih sayang keluarga dan sebagainya.
#5 KTMB
Setiap hari ribuan yang akan berkunjung ke Keretapi Tanah Melayu Berhad, malah pengangkutan awam ini sering digunakan rakyat untuk ke tempat kerja dan sebagainya.
Oleh itu, setiap hari pastinya penumpang berjumpa dengan pelbagai individu. Namun siapa sangka dalam ribuan penumpang rupanya ada yang yang terjumpa pilihan hatinya.
#6 Lotus
Setiap kali tibanya perayaan, tidak semua yang boleh pulang ke kampung dan meraikannya bersama insan tersayang.
Namun teknologi yang semakin maju membuatkan yang jauh menjadi lebih dekat dan menjadikan sesuatu yang mustahil kepada realiti.
Iklan Lotus menceritakan tentang seorang lelaki yang bekerja dalam bidang perubatan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan bersama ibu bapanya.
Namun teknologi AI membolehkan dia meraikan Deepavali dengan suntingan suasana paling menarik dan dia boleh mencari dan membuat pembelian dengan mudah.
#7 Titan
Walaupun terpaksa berjauhan ketika Deepavali namun ikatan antara keluarga dan rakan akan sentiasa diingati.
Malah lebih menarik lagi apabila rakan juga boleh menjadi seperti keluarga sendiri tau!
#8 Spritzer Water
Setiap kali tibanya perayaan, persiapan rumah adalah antara perkara paling memenatkan.
Yelah walaupun rumah dah dikemas setiap hari, tapi apabila tiba musim raya seperti Deepavali semua akan dikerah untuk melakukan kerja pembersihan dengan lebih ekstra.
Spritzer Water memberikan bayangan sebenar bagaimana persediaan mengemas rumah dilakukan setiap kali tibanya Deepavali.
#9 AirAsia
Seseorang mungkin tidak sekadar meraikan perayaan tetapi mendalami maknanya.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang sanggup terbang jauh untuk melawat ke sesuatu tempat yang memberi banyak makna kepada dirinya.
Samalah seperti iklan AirAsia ini menceritakan seorang nenek yang mencari cucunya selepas terlupa individu berkenaan telah terbang ke Kuala Lumpur untuk ke Batu Caves.
Namun tidak melupakan kampung halaman, cucunya tetap pulang untuk meraikan Deepavali bersama-sama.
#10 Air Selangor
Filem pendek yang menyentuh hati ini berkisar mengenai seorang wanita, Rani yang menemukan semula harapan dan sinar baharu dalam hidupnya selepas satu pertemuan tidak dijangka ketika melalui saat-saat sukar.






