Penjawat awam terima tekanan politik: Tiada aduan diterima

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 12:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penjawat awam terima tekanan politik: Tiada aduan diterima

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak menerima apa-apa aduan daripada penjawat awam yang didakwa menerima tekanan daripada ahli politik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, setakat ini, tiada aduan diterima berhubung perkara itu.

Menurutnya, beliau pasti setiap penjawat awam memahami peraturan dan etika yang mengikat mereka sepanjang berkhidmat dalam sektor awam.

“Sehingga hari ini kita tidak menerima apa-apa aduan berkaitan dakwaan tersebut dan saya percaya perkara itu tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui pada program Larian MAPPA XXI Tahun 2026 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya penjawat awam menerima tekanan daripada pihak tertentu susulan pertembungan politik semasa.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kebimbangan susulan wujud tekanan diberikan kepada penjawat awam akibat pertembungan politik semasa. – KOSMO! ONLINE

 

The post Penjawat awam terima tekanan politik: Tiada aduan diterima appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved