
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada ketika ini, kereta dan motosikal menjadi antara kenderaan utama bagi kebanyakan individu.
Ini kerana bagi sesetengah orang, ia menjadi satu keperluan untuk memudahkan pergerakan dalam kehidupan seharian.
Namun, ada juga segelintir yang memilih pengangkutan awam sebagai kenderaan utama seperti bas dan teksi atas sebab tertentu antaranya mahu menjimatkan kos, mengelakkan kesesakan jalan raya serta tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Pun begitu, antara kekurangan pengangkutan awam adalah masa ketibaan yang tidak menentu khususnya pada musim perayaan.
Keadaan sebegini sudah pastinya menganggu rancangan yang telah dijadualkan sejak awal lagi.
Pemuda Jumpa Warga Emas Masih Tunggu Bas Selepas 2 Jam
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang pemuda yang sanggup menumpangkan pasangan warga emas sebaik mengetahui pasangan itu telah menunggu bas selama dua jam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @m_sy4h, pengguna itu pada mulanya ternampak pasangan terbabit menunggu bas pada jam 8 pagi ketika sedang dalam perjalanan pergi bersenam.
Namun, ketika dia telah pulang ke rumah dan keluar semula pada jam 10 pagi, dia mendapati pasangan itu masih setia menunggu pengangkutan awam tersebut.
“Kadang-kadang bukan mereka yang diuji tapi Allah sedang uji kita. Pagi tadi saya pergi jogging dekat tasik Raub.
“Masa dalam perjalanan tu nampak dua pasangan ini tengah tunggu bus dekat tepi jalan dalam 8 pagi begitu.
“Saya balik rumah nak keluar balik saya masih nampak lagi pasangan ini jam 10 pagi,” kongsinya menerusi ruang kapsyen.
Naik Bas Untuk Ziarah Saudara-Mara, Dah Pergi Ke Pelbagai Negeri
Simpati melihat keadaan warga emas berkenaan, pemuda itu nekad untuk menumpangkan mereka pergi ke stesen bas berhampiran.
Malah, dia turut meluahkan rasa kagum apabila mengetahui warga emas tersebut rupa-rupanya telah berjalan dari satu negeri ke satu negeri semata-mata mahu menziarahi saudara mara sempena Hari Raya Aidilfitri.
“Hebat pakcik ni dari semalam (1 April) dia teruskan perjalanan dia untuk berjumpa adik beradik dia.
“Semalam dari Ipoh ke Melaka ke Raub sekarang ke Bentong. Saya doakan semoga perjalanan pasangan ini di permudahkan segala urusan. Selamat Hari Raya,” tulis pemuda berkenaan menerusi ruangan kapsyen.
Melalui perkongsian itu juga, kedengaran lelaki warga emas berkenaan sempat bertanyakan sama ada dia perlu membayar tambang ketika sampai ke destinasi. Namun, pemuda tersebut menolaknya dengan baik.
Pada akhir perkongsian itu, dapat dilihat pemuda tersebut kelihatan mengelap air mata dipercayai tersentuh melihat keadaan pasangan warga emas terbabit.
Jelas pemuda itu menerusi ruangan komen, tujuannya berkongsi momen sedemikian adalah mahu ‘menjentik hati’ orang ramai.
Ia bukanlah sekadar konten yang mengejar populariti semata-mata sebaliknya tujuan itu adalah untuk menyebarkan kebaikan.
Kadang² bukan mereka yang diuji.. tapi Allah sedang uji kita.. pagi tadi saya pergi jogging dekat tasik raub.. masa otw tu nampak dua pasangan ni tu tengah tunggu bus dekat tepi jalan dalam 8am begitu.. saya balik rumah nak keluar balik saya masih nampak lagi pasangan ni jam 10am.. jadi saya pun tumpangkan mereka ke bus station bandar.. hebat pakcik ni dari semalam dia teruskan perjalanan dia untuk berjumpa adik beradik dia.. semalam dari Ipoh ke melaka ke raub sekarang ke bentong.. saya doakan semoga perjalanan pasangan ini di permudahakan segala urusan.. selamat hari raya
Pasangan Warga Emas Ada Kereta Tapi Keadaan Tidak Mengizinkan
Menerusi ruangan komen, ada seorang pengguna yang mendakwa lelaki warga emas itu merupakan ahli keluarganya.
Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemuda berkenaan dan mendedahkan warga emas itu sebenarnya mempunyai kereta namun keadaan kenderaannya terlalu uzur.

Ramai Kagum Dengan Keperibadian Pemuda, Tersentuh Lihat Keadaan Warga Emas
Video yang telah mendapat lebih 2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan meluahkan rasa kagum dengan bantuan yang dihulurkan oleh pemuda berkenaan kepada pasangan warga emas itu.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Allah SWT membalas perbuatan baik yang dilakukan.
Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan situasi sama.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Perasaan Lepas Dapat Tolong Orang Ni, Tenang Dia Lain Macam, Rasa Macam Lapang Dada Walaupun 1001 Masalah Melanda Dalam Kepala”

“Semoga Lampu Isyarat Sentiasa Hijau, Poket & Dompet Abang Sentiasa Tebal & Tak Pernah Menipis”

“Sempat Lagi Pak Cik Tu Tanya Nak Kena Bayar Tambang Ke?”

“Saya Kadang Drive E-Hailing, Ada Masa Dapat Penumpang Baru Lepas Dialisis & Badan Lemah, Saya Belanja Je Tambang Tu”

“Semoga Kebaikan Ini Jadi Contoh Buat Semua & Semoga Dipermudahkan Urusan Abang Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Lelaki Tak Ambil Bayaran Daripada Warga Emas Lepas Baiki Tayar Bocor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Kita Support” – Aksi Peniaga Warga Emas Tunduk Hormat Tanda Terima Kasih Buat Ramai Tersentuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]
Source:


![“Fikir Dulu Sebelum Buat” – Tular Trend ‘Aku Melutut? Tidak Akan!’ Ketika Hari Raya Aidilfitri, PU Riz Beri Teguran [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
