2 Pelajar Tingkatan 5 Maut, Motosikal Dirempuh MPV Selepas Gagal Memotong

4 Aug 2026 • 11:59 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

2 Pelajar Tingkatan 5 Maut, Motosikal Dirempuh MPV Selepas Gagal Memotong

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan, dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Temerloh, malam tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan Muhammad Hafizuddin Abdullah, masing-masing berusia 17 tahun. 

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Chenor itu sedang dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Chenor, Maran ketika insiden berlaku.

Menurut beliau, motosikal Yamaha LC135 yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah Toyota Vios sebelum melanggar bahagian belakang kanan kereta berkenaan, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan penunggang motosikal mengawal kenderaan ketika cuba memotong.

Pemandu Toyota Vios berusia 34 tahun dan pemandu Perodua Alza berusia 43 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk menjalani bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan secara berbahaya. - Getaran, 4 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved