Di manakah Cheng Yang?

24 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di manakah Cheng Yang?

AMPANG JAYA – Seorang pelajar sekolah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Tasik Permai, di sini, sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapanya mengenai kehilangan Yuen Cheng Yang,14, kira-kira pukul 1.45 petang, hari ini.

“Orang hilang (OH) berketinggian kira-kira 145 sentimeter, berat 45 kilogram, berkulit cerah dan tidak memakai cermin mata.

“Lokasi terakhirnya adalah di Lorong 7, Kampung Tasik Permai, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan OH terbabit diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-4289 7222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faizah Mohd. Anuar di talian 017-342 2804. – KOSMO! ONLINE

The post Di manakah Cheng Yang? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved