
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu ini, kecoh di media sosial beberapa akaun TikTok media utama di Malaysia telah disekat atau digantung daripada platform tersebut.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sebanyak 23 akaun organisasi media disekat oleh TikTok kerana memuat naik hantaran berkenaan kes cabul di Batang Kali, Selangor.
Antara media yang terjejas dengan sekatan tersebut adalah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Buletin TV3 dan Harian Metro.
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Sekat 18 Akaun Media Di Malaysia, Muat Naik Hantaran Kes Cabul Di Masjid
Gantung 23 Akaun Secara Kekal, TikTok & Ketua Editor Dipanggil Isnin Ini
Terbaharu, Fahmi yang juga merupakan jurucakap kerajaan menyifatkan tindakan platform berkenaan menggantung akaun media tempatan secara kekal atas dakwaan melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja agak berat.
Ekoran daripada insiden berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil TikTok dan Ketua Editor setiap agensi media dalam satu pertemuan pada Isnin (3 Mac) depan.
“Ini (penggantungan akaun secara kekal) bagi saya, satu tindakan yang bagi saya pandangan saya mungkin pada pada mulanya mungkin bersifat salah faham tentang garis panduan, tetapi untuk dikenakan sekatan penggantungan kekal itu saya rasa agak berat.
“Saya difahamkan pada mulanya, akaun ini sudah dikembalikan, namun kemudian hampir kesemua diturunkan sekali lagi.
“Jadi ini mungkin akibat masalah melibatkan AI TikTok. Saya sudah minta pihak SKMM memanggil pihak TikTok untuk adakan satu pertemuan dengan ketua editor syarikat media.
“Saya difahamkan ia akan berlangsung insya-Allah pada Isnin ini,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
TikTok Perlu Selaras Sistem Ikut Undang-Undang Negara
Tegas Fahmi, pihak TikTok seharusnya menyelaraskan sistem AI mereka mengikut undang-undang dalam negara.
“Dia (TikTok) nak kita ikut garis panduan dia, tetapi sepatutnya dia ikut undang-undang kita.
“Dalam beberapa perkara, dia biar masalah scam (penipuan) dan judi dalam talian dibiarkan.
“Jadi, sebab TikTok sudah dilesenkan, maka kita boleh ambil beberapa tindakan.
“Cuma ada prosesnya kita akan jemput mereka, kita akan dengar pandangan mereka, kita akan keluarkan beberapa arahan dan kita akan ambil tindakan susulan,” katanya.
Jelas Fahmi, beliau sudah mengarahkan SKMM untuk meneliti sebelum mengambil tindakan susulan berpandukan undang-undang baru Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Pindaan 2025) yang berkuat kuasa sejak 11 Februari 2025.
Tambahnya lagi, sehingga ke hari ini, hanya 23 akaun TikTok media tempatan yang digantung secara kekal dan tiada penambahan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan ‘Cabul’ Budak Perempuan Dalam Masjid Ketika Solat Subuh, Polis Jalankan Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: TikTok Nafi Terdapat Sekatan Terhadap Kandungan Pro Palestin Di Negara Ini
Source:

![“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)

![“Janji Cantik Kan?” – Wanita Guna Plastik Terpakai Jadikan Pembalut Buku Sekolah Anak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)