
PETALING JAYA – Seramai 23 calon disahkan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029 yang akan berlangsung pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 pada 17 September depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said dalam satu kenyataan mengesahkan saingan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara itu kini membabitkan Datuk Ab Ghani Hassan dan Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Pertembungan dua penjuru kali ini agak mengejutkan kerana ramai pihak menjangkakan bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin bakal bertanding semula pada kongres kali ini.
Mengikut statut baharu yang diluluskan pada Jun lepas, seramai 39 ahli gabungan layak untuk mengundi, tetapi dengan syarat kelab tidak memiliki kaitan dengan persatuan bola sepak negeri (FA). – KOSMO! ONLINE
Senarai penuh calon Exco FAM
PRESIDEN (1 jawatan)
Datuk Ab Ghani Bin Hassan
Datuk Seri Shahril Bin Mokhtar
NAIB PRESIDEN 1 (1 jawatan)
Datuk Seri Rosmadi Ismail
Mohd Firdaus Mohamed
Syed Yazid Syed Omar
NAIB PRESIDEN 3 (1 jawatan)
Datuk N. Saaran
Afizal Abu Othman
EXCO FA (3 jawatan)
Mohd Azizudin Mohd Shariff
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Tang Chee Hong
Datuk Ramlan Askolani
Datuk Alijus @Mohd Ali Bin Sipil
Mohd Faizul Mohd Noor
EXCO FC (2 jawatan)
Datuk Kamarudin Hassan
Datuk Syed Mahadi Syed Hassan
Datuk Dr. P. Sugumaran
Dr. Johan Kamal Hamidon
Muhammad Faliq Firdaus Muhammad Rom
EXCO PROFESIONAL (1 jawatan)
Datuk Zainal Abidin Hassan
Azlan Johar
EXCO WANITA (1 jawatan)
Datuk Suraya Yaacob
Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah
The post 23 calon Exco rebut sertai kabinet ‘revolusi’ FAM appeared first on Kosmo Digital.






