Pertembungan dua penjuru rebut kerusi Presiden FAM, Hamidin tarik diri

LocalFootball
3 Sep 2026 • 11:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pertembungan dua penjuru rebut kerusi Presiden FAM, Hamidin tarik diri

PETALING JAYA: Perebutan kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025-2029 menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Situasi itu diumumkan FAM hari ini menerusi senarai calon yang disahkan bertanding pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan berlangsung pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026, 17 September ini.

Nama Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang sebelum ini antara tokoh dikaitkan dengan perebutan kerusi nombor satu badan induk bola sepak negara bagaimanapun tidak tersenarai selepas beliau memilih untuk menarik diri daripada pertandingan.

Ab Ghani dan Shahril kini menjadi dua calon yang akan menentukan hala tuju baharu FAM dalam pemilihan yang turut menyaksikan persaingan sengit bagi beberapa jawatan lain.

Bagi jawatan Naib Presiden 1, tiga calon disahkan bertanding iaitu Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Firdaus Mohamed dan Syed Yazid Syed Omar.

Sementara itu, kerusi Naib Presiden 3 menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Datuk Saaran Nadarajah dan Afizal Abu Othman.

Persaingan turut berlaku bagi tiga kerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif kategori FA, tujuh calon akan merebut dua kerusi kategori FC, manakala dua calon masing-masing bertanding bagi satu kerusi profesional dan satu kerusi wanita.

FAM dalam kenyataannya memaklumkan semua pencalonan sudah melalui proses semakan dan pengesahan berdasarkan Statut FAM serta peraturan dan tatacara pemilihan yang ditetapkan.

Pemilihan itu bakal menjadi tumpuan utama bola sepak tempatan kerana barisan kepimpinan baharu akan menentukan hala tuju FAM bagi meneruskan agenda pembangunan bola sepak negara untuk baki penggal 2025-2029.-UTUSAN

The post Pertembungan dua penjuru rebut kerusi Presiden FAM, Hamidin tarik diri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved