
PETALING JAYA – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar tekad untuk membawa perubahan selepas dicalon merebut kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi baki penggal 2025 hingga 2029.
Shahril percaya Kongres Pemilihan FAM pada 17 September depan sebagai peluang buat ahli gabungan membawa perubahan kepada masa depan bola sepak negara berbanding sekadar mengisi kerusi ‘panas’ di FAM.
Shahril berkata, keputusan untuk menawarkan diri kerana bersedia untuk membuat keputusan sukar sekiranya ia diperlukan demi kepentingan jangka panjang bola sepak Malaysia.
“Saya mohon ahli gabungan pertimbangkan bawa perubahan. Bola sepak Malaysia akan berada di takuk sama andai status quo dikekalkan. Ini peluang membawa perubahan,” katanya.
Sebagai rekod, Shahril akan menentang Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dalam perebutan dua penjuru untuk merebut jawatan paling penting badan induk sukan No. 1 negara itu. – KOSMO! ONLINE
The post Shahril tekad bawa perubahan dalam FAM appeared first on Kosmo Digital.






