4 remaja hilang, dua terselamat lemas di Tanjung Lompat

2 Sep 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 4 remaja hilang, dua terselamat lemas di Tanjung Lompat

​KOTA TINGGI – Kegembiraan 15 remaja berkhemah dan mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar di sini bertukar tragedi apabila kesemua mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Adib Tarmuzi berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 8.19 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar digerakkan ke lokasi kejadian.

​”Maklumat awal daripada orang awam mendapati enam mangsa terlibat sewaktu menjalankan aktiviti mandi-manda.

“Dua daripadanya berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum Pasukan Penyelamat Operasi (PKO) tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Katanya, PKO bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan di lokasi kejadian dan maklumat lanjut berkenaan perkembangan insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

The post 4 remaja hilang, dua terselamat lemas di Tanjung Lompat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved