​440 pemain remaja berentap dalam Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2026

30 Oct 2026 • 7:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ​440 pemain remaja berentap dalam Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2026

TEMERLOH: Kejohanan Badminton Remaja Piala Tengku Ilisha Tertutup Pahang 2026 kini berlangsung di LCS Sport Arena, Mentakab dari 29 Oktober hingga 1 November 2026.

Kejohanan empat hari ini itu menampilkan saingan sengit daripada bakat-bakat cilik dan remaja dari seluruh pelusuk negeri ini.

Penganjuran kali ini menghimpunkan seramai 440 peserta membabitkan empat kategori usia utama iaitu di bawah sembilan tahun, bawah 11 tahun, bawah 13 tahun dan bawah 15 tahun sebagai medan mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.

Kejohanan dikendalikan Persatuan Badminton Daerah Temerloh yang bertindak sebagai wakil rasmi bagi pihak Persatuan Badminton Negeri Pahang. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan pihak persatuan dalam mengakar budaya sukan serta membangunkan potensi pemain muda secara tersusun.

​Kelancaran kejohanan itu turut dizahirkan menerusi sokongan padu rakan strategik dan penaja rasmi. Pihak penganjur menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Low Hock Hwah dari Hock Mei Trading Sdn. Bhd. dan Ch’ng Boon Seong dari SK Marketing yang tampil memberi dorongan menjayakan penganjuran kejohanan peringkat negeri ini.

Image from: ​440 pemain remaja berentap dalam Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2026
TENGKU Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail menerima ‘gift bag’ daripada Low Hock Hwah (kanan) dari Hock Mei Trading Sdn. Bhd.

​Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, kejohanan tersebut bukan sekadar platform persaingan, sebaliknya merupakan landasan penting bagi pihak persatuan mengesan dan memupuk bakat-bakat muda negeri ini agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

​Tambah beliau, komitmen dan sokongan daripada penaja, Hock Mei Trading Sdn. Bhd. serta SK Marketing begitu bermakna dalam memastikan kejohanan seperti itu dapat dilaksanakan secara gilang-gemilang.

“Sinergi antara badan sukan dan sektor swasta diyakini mampu memartabatkan lagi mutu pembangunan sukan badminton di negeri Pahang secara berterusan,” katanya.

​Bagi menambah keceriaan dan memeriahkan lagi suasana, pihak penganjur bersama penaja Hock Mei Trading Sdn. Bhd. turut menyediakan gift bag khas buat para pengunjung. Pemberian cenderahati ini disediakan berkonsepkan “siapa cepat, dia dapat” sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh masyarakat setempat.

​Sehubungan itu, orang ramai dan para peminat sukan di sekitar Mentakab dan Temerloh digalakkan untuk hadir beramai-ramai ke LCS Sport Arena bagi memberi sokongan moral kepada para pemain muda tempatan, di samping berpeluang membawa pulang gift bag tajaan eksklusif berkenaan. – UTUSAN

The post ​440 pemain remaja berentap dalam Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved