Pearly-Thinaah belum di tahap terbaik

30 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pearly-Thinaah belum di tahap terbaik

BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mula menunjukkan peningkatan serta prestasi sebenar apabila berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selain muncul naib juara Terbuka Perancis.

Kejayaan mara ke final dalam dua kejohanan berturut-turut ketika jelajah Eropah sebelum ini membuktikan pasangan No. 4 dunia itu sudah semakin hampir untuk kembali ke prestasi terbaik mereka.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menyuarakan rasa bangga dan gembira atas pencapaian dilakukan anak-anak buahnya, namun mengakui masih ada ruang perlu diperbaiki untuk kembali ke prestasi terbaik.

“Dua minggu yang panjang dan mencabar buat Pearly dan Thinaah di Eropah. Aksi di Terbuka Perancis memang dijangka lebih sukar untuk mereka kerana tahap kecergasan sudah banyak digunakan di Terbuka Denmark.

“Kami sedar bahawa kami masih mempunyai ruang untuk memperbaiki diri. Kami juga belum berada pada tahap terbaik dan terus bekerja keras serta belajar daripada setiap perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan akhir Terbuka Perancis Ahad lalu, Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas 21-10, 17-21, 16-21 kepada beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima meskipun bermula garang di set pertama.

Kekalahan itu meranapkan impian mereka untuk merangkul gelaran kedua berturut-turut selepas muncul juara pada kejohanan Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense bermula 13 hingga 18 Oktober lalu.

The post Pearly-Thinaah belum di tahap terbaik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved