78 bakal doktor huffaz dihantar ke Universiti Al-Azhar

20 Aug 2026 • 10:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 78 bakal doktor huffaz dihantar ke Universiti Al-Azhar

PETALING JAYA – Seramai 78 pelajar perubatan bakal dihantar ke Universiti Al-Azhar, Mesir menerusi program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan universiti berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama itu turut membolehkan pelajar mendapat pengurangan lebih 50 peratus yuran pengajian, sekali gus menjadikan kos pengajian bagi tempoh lima tahun sebanyak RM90,000.

Menurut beliau, pengurangan yuran itu dicapai hasil rundingan bersama Presiden Universiti Al-Azhar pada awal tahun lalu.

“Program ini bukan sahaja mendidik pelajar menjadi doktor, malah mereka turut diajar ilmu fekah dan Syariah berkaitan bidang perubatan selain diwajibkan menghafaz Al-Quran.

“Moga lebih ramai huffaz dalam kalangan doktor profesional bakal dilahirkan Mara demi memberi manfaat kepada ummah dan negara pada masa depan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, dalam hantaran tersebut beliau turut berkongsi pertemuan bersama kumpulan kedua pelajar perubatan yang bakal berlepas ke Universiti Al-Azhar, semalam.

Program berkenaan merupakan antara usaha Mara melahirkan generasi profesional yang bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, malah mempunyai penguasaan ilmu agama dan al-Quran.-KOSMO! ONLINE

The post 78 bakal doktor huffaz dihantar ke Universiti Al-Azhar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved