99 lokasi kerap kemalangan maut dikenal pasti - Alexander

14 Aug 2026 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 99 lokasi kerap kemalangan maut dikenal pasti - Alexander
Alexander Nanta Linggi

KUCHING - Penggunaan Sistem Pengurusan Kemalangan Jalan Raya (RAMS) membolehkan Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 99 lokasi kerap berlaku kemalangan maut atau blackspot di Jalan Persekutuan seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, RAMS yang dibangunkan KKR berasaskan inisiatif MYJalan berperanan mengurus, menganalisis dan memaparkan data kemalangan jalan raya secara sistematik, termasuk mengenal pasti lokasi kerap berlaku kemalangan.

"Purata hampir 18 nyawa terkorban setiap hari akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah angka yang amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Peluasan RAMS dan Pelaporan Data Kemalangan Jalan Raya di sini, hari ini.

Beliau berkata, melalui integrasi data kemalangan daripada Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) di bawah seliaan pihak polis, RAMS membolehkan perancangan dan pelaksanaan intervensi keselamatan jalan raya dibuat dengan lebih tepat dan pantas.

"Data yang tepat dan berkualiti merupakan asas penting dalam merancang infrastruktur jalan raya yang lebih selamat, cekap dan mampan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved