Aah Mooi hilang di USJ pada Hari Merdeka

5 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aah Mooi hilang di USJ pada Hari Merdeka

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di USJ 19, Subang Jaya pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mengenai kehilangan warga emas itu pada pukul 2.30 pagi, 1 September lalu.

Menurut beliau, wanita dikenali sebagai Sam Aah Mooi itu kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di B10-10, Rhythm Avenue, Persiaran Kewajipan, USJ 19, kira-kira pukul 2.30 petang, 31 Ogos lalu.

“Wanita itu dipercayai memakai kemeja bercorak hitam putih dan berseluar pendek berwarna cerah ketika keluar dari rumah.

“Aah Mooi mempunyai ketinggian 141 sentimeter, berat 27 kilogram, berkulit kuning langsat dan rambut putih pendek paras bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, wanita itu mempunyai hidung kemek, mata kecil dan mulut nipis dan mengalami masalah kulit kering akibat alahan pada tangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Aah Mooi diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

The post Aah Mooi hilang di USJ pada Hari Merdeka appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved