Acer lancar GPU AMD pertama mereka, siri Radeon RX7600

Digital
18 Jul 2023 • 12:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Acer mengumumkan produk GPU pertama mereka yang gunakan teknologi AMD. Dua kad grafik yang diperkenalkan adalah Predator BiFrost Radeon RX 7600 dan 7600 OC. Ini bukanlah kad grafik pertama Acer. Buat yang terlepas berita GPU pertama berjenama Acer dilancarkan dalam bulan September 2022 lalu. Yang menariknya, ia bukanlah GPU Nvidia ataupun AMD, sebaliknya Intel Arc A750 dan A770.

image is not available

Predator BiFrost Radeon RX 7600 dilihat menggunakan rekaan yang sama Acer gunakan dalam penghasilan GPU BiFrost Intel Arc mereka. Anda boleh nampak dua kipas penyejuk berlainan saiz dan dialamnya ada gunakan kebuk penyejuk untuk sistem penyejkan lebih baik.

Berikut adalah spesifikasi Acer Predator BiFrost Radeon RX7600

  • VRAM: Memori 8GB GDDR6
  • Clockspeed: 2,250MHz
  • Clockspeed (boost): 2,655MHz
  • TDP: 170W
  • Saranan PSU: 550W
  • I/O: HDMI 2.1 x1 + DP 1.4 x3
  • Dimensi: 2 slots 267mm x 117.75mm
  • PCIe Express 4.0
  • DirectX 12 Ultimate

image is not available

Acer Predator BiFrost Radeon RX7600 OC Specifications:

  • VRAM: Memori 8GB GDDR6
  • Clockspeed: 2,320MHz
  • Clockspeed (boost): 2,725MHz
  • TDP: 170W
  • Saranan PSU: 550W
  • I/O: HDMI 2.1 x1 + DP 1.4 x3
  • Dimensi: 2 slots 267mm x 117.75mm
  • PCIe Express 4.0
  • DirectX 12 Ultimate

Buat masa ini, ia ditawarkan dalam pasaran Taiwan sahaja pada harga bermula TWD8,490 (~RM1,243). GPU AMD RX7600 berdasarkan spesifikanya adalah setaraf dengan RTX4060 dalam keluarga Nvidia.

Sumber: Gamerant

Bacaan berkaitan