“Ada benda tak boleh cerita” – Safawi Rasid Nafi Sengaja Tinggalkan Kem Harimau Malaya

LocalFootball
13 Nov 2026 • 10:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

safawi rasid tinggalkan kem ft

Pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid tampil bersuara selepas tindakannya meninggalkan kem Harimau Malaya di China semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Safawi menjelaskan bahawa keputusannya untuk pulang ke tanah air bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya terdapat perkara tertentu yang menyebabkan dia terpaksa berbuat demikian.

Bagaimanapun, tonggak Kuching City FC itu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci punca sebenar dia meninggalkan kem Harimau Malaya.

“Saya bukan saja-saja tinggalkan kem Malaysia, ada benda yang boleh cerita, ada benda yang tidak boleh cerita. Setakat ini saya tidak pernah lagi tolak tawaran pasukan Malaysia jika dipanggil sepanjang karier saya.

“Sarung baju (jersi Malaysia) hitam kuning adalah kebanggaan saya,” tulisnya dengan turut meletakkan tanda pagar #familysafetyfirst.

Artikel berkaitan: “Saya datang sini sebab kerja, tak nak dengar story pasal life saya” – Safawi Rasid Bengang Banyak Kisah Peribadi Naik di Media Sosial

Terdahulu, peminat bola sepak dikejutkan dengan perkhabaran Safawi terpaksa meninggalkan kem Harimau Malaya di Guangdong, China meskipun sudah menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum ini mengesahkan Safawi sudah memaklumkan mengenai masalah yang dihadapinya kepada barisan kejurulatihan sebelum diberikan pelepasan untuk pulang atas urusan keluarga.

Menurutnya, pihak pengurusan memahami situasi yang dihadapi pemain berkenaan dan menghormati keputusan tersebut.

Sumber: Threads, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved