Jenama fesyen antarabangsa, Uniqlo Malaysia, menjadi perhatian netizen selepas kempen produk yang menggunakan istilah “hijab” mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Isu itu timbul apabila ada pihak mendakwa model yang dipaparkan dalam iklan berkenaan tidak memakai hijab mengikut kefahaman umum masyarakat Islam, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai penggunaan istilah tersebut.
AdvertisementView this post on Instagram
Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna media sosial Zhiddin Aziz meluahkan kebimbangannya terhadap paparan iklan itu.
@zhiddinazizz
“KL sekarang tengah ada papan iklan yang jual hijab, tapi model yang dipaparkan tak pakai hijab. Risau benda ni boleh timbulkan salah faham. Harap pihak berkaitan dapat meneliti perkara ini.”
Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menjelaskan hijab sebagai kain yang menutup bahagian kepala, leher hingga ke dada, dan kadangkala termasuk muka bagi memenuhi tuntutan menutup aurat.
Turut menyuarakan pandangan ialah pengguna media sosial, Rahmat Ikhsan, yang mengkritik penggunaan istilah “hijab” dalam kempen tersebut.

“Iklan Hijab versi @uniqlomyofficial adalah makna sebenar SESAT. Hijab wajib menutup leher dan menutup belahan dada. Hijab lambang kecantikan dalam kesederhanaan.”
Ada Yang Pertahankan Uniqlo Malaysia
Dalam masa sama, ramai juga tampil mempertahankan Uniqlo dengan menyatakan produk yang dijual hanyalah sehelai tudung atau kain hijab, manakala cara pemakaiannya bergantung kepada pilihan individu.
Menurut mereka, tudung keluaran Uniqlo boleh digayakan dalam pelbagai cara sama ada menutup dada, dijerut di leher atau digayakan mengikut cita rasa pemakai.

Malah, ada yang berpandangan isu tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melabel pemakai tudung Uniqlo dengan pelbagai tanggapan negatif.
Perdebatan itu turut membuka ruang kepada perbincangan lebih luas mengenai maksud sebenar hijab dari sudut bahasa, syarak dan penggunaannya dalam pemasaran produk fesyen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Excited Sangat Sampai Terlupa Privasi” – Individu Dikecam Kongsi Data Peribadi Sultan Pahang
The post Ada Yang Label ‘Sesat’, Iklan Hijab Uniqlo Cetus Kontroversi Dalam Kalangan Netizen – “Tak Semestinya Kena Pakai Macam Tu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





