Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Suasana hiba menyelubungi Pusara Negara, Presint 20 hari ini apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dilihat datang menziarahi pusara cinta sejatinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali pagi tadi.
Manakan tidak, Allahyarham Tun Dr Hasmah pergi setelah sudah 70 tahun mendirikan bahtera perkahwinan bersama Tun Mahathir, pastinya ia memberikan kesan mendalam buatnya.
Artikel berkaitan : “Tak sangka dia boleh meninggal dunia hari ini, keadaan dia baik je sebelum ini” – Tun M
Artikel berkaitan : Bukan Sekadar Nama, MAHA Klinik Saksi Cinta Tun Dr Mahathir Kepada Tun Dr Hasmah
Setelah 4 hari sejak pemergian isteri tercinta, TikTok live Sinar Harian hari ini ada melaporkan Tun Mahathir melawat pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah. Dalam video live tersebut, Tun M dilihat tidak mampu menahan air matanya sewaktu menaburkan bunga di pusara isteri.
Suasa hening menyelubungi seluruh kawasan tanah perkuburan itu sehinggakan kedengaran tangisan wartawan bertugas yang sedang membuat liputan itu.
Bukan sahaja mereka yang berada di kawasan perkuburan itu, netizen yang menonton video tersebut juga turut berasa sebak, terutamanya apabila melihat Tun Mahathir melangkah pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Sumber : Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Tun Siti Hasmah nyanyi lagu Enjit-Enjit Semut tenangkan pesakit](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-01-at-12.55.00-PM-1024x630.jpeg)


