Willowglen raih kontrak RM108 juta kerja sistem elektrik selama 9 tahun di Singapura

WorldBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Willowglen raih kontrak RM108 juta kerja sistem elektrik selama 9 tahun di Singapura Image from: Willowglen raih kontrak RM108 juta kerja sistem elektrik selama 9 tahun di Singapura amree28/09/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Sept — Willowglen MSC Berhad memperoleh kontrak bernilai RM108 juta menerusi anak syarikatnya, Willowglen Services Pte Ltd (WSPL) di Singapura yang dijangka menyumbang positif kepada pendapatan kumpulan sehingga tahun kewangan 2035.

 

Kontrak terbaharu itu mempunyai tempoh kerja hampir sembilan tahun, sekali gus memberikan aliran kerja jangka panjang ketika kumpulan berkenaan terus aktif dalam mengembangkan perniagaan yang berkaitan rumusan elektrik, keselamatan dan pemantauan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan tersebut berkata, WSPL dianugerahkan dengan kontrak berkenaan pada 28 Ogos 2026 bagi membekalkan, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem elektrik, keselamatan serta pemantauan tenaga.

 

"Kontrak tersebut sebenarnya sudah pun bermula pada 19 Ogos 2026 dan mempunyai baki tempoh selama lapan tahun 11 bulan lagi, dengan nilai keseluruhan yang mencecah kira-kira RM108 juta," jelas kenyataan Willowglen.

 

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti sebenar pelanggan tersebut kerana WSPL terikat dengan kewajipan kerahsiaan di bawah perjanjian yang dimeterai bersama pelanggan.

 

Willowglen_DagangNews2026

 

Menurut kumpulan itu, pihaknya sudah mendapatkan persetujuan daripada pelanggan tersebut untuk mendedahkan identiti berkenaan tetapi belum lagi menerima sebarang kebenaran.

 

Bagaimanapun, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Willowglen sendiri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026 hingga 2035.

 

"Dari segi tempoh kontrak, perjanjian berkenaan tidak boleh diperbaharui selepas tamat tempoh, manakala kumpulan menyifatkan risiko berkaitan kontrak sebagai risiko perniagaan biasa," katanya.

 

Penganugerahan kontrak tersebut juga tidak melibatkan kepentingan langsung atau tidak langsung mana-mana pengarah atau pemegang saham utama atau pihak yang mempunyai hubungan dengan mereka.

 

Willowglen berkata kontrak itu akan dilaksanakan terus oleh WSPL, sekali gus memperkukuh kedudukan anak syarikat tersebut dalam penyediaan rumusan berkaitan sistem elektrik, keselamatan dan pemantauan.

 

Dengan tempoh pelaksanaan, kontrak itu dijangka memberikan sumbangan berterusan kepada prestasi kewangan sehingga FY35, meskipun ia tidak boleh diperbaharui selepas tempoh kontrak berakhir. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved