Agihan kerusi BN-PN perlu berpaksi realiti politik semasa - UMNO Kedah

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agihan kerusi BN-PN perlu berpaksi realiti politik semasa - UMNO Kedah
Formula agihan kerusi antara BN-PN perlu dinilai berdasarkan keadaan dan realiti semasa.

ALOR SETAR - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak seharusnya dijadikan sandaran terhadap formula agihan kerusi antara gabungan persefahaman Barisan Nasional (BN)- Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpendapat, formula agihan kerusi tersebut sebaliknya perlu dinilai berdasarkan keadaan dan realiti semasa.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok menjelaskan, ini disebabkan perubahan pantas sentimen politik yang berlaku di mana keputusan PRN lalu tidak seharusnya dijadikan asas perbincangan pengagihan kerusi.

"Kedua-dua pihak harus berlapang dada menilai dan mengkaji sentimen politik selepas momentum PRN Johor dan Negeri Sembilan. UMNO Kedah percaya itulah indikator dan kayu ukur yang sebenarnya," katanya.

Sebelum ini, persefahaman antara BN-PN dilihat membuahkan hasil apabila kedua-dua gabungan itu menang dalam PRN Negeri Sembilan selain mengekalkan mandat mentadbir Johor dengan majoriti besar.

Bagaimanapun, Shaiful Hazizy berkata, sehingga kini, UMNO Kedah belum menerima sebarang arahan daripada pimpinan tertinggi parti bagi tindakan lanjut.

"Kita ketika ini mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat', namun sehingga kini belum ada sebarang perbincangan dibuat.

"Namun sekiranya diarahkan UMNO Kedah tiada masalah untuk bekerjasama dalam apa jua ruang lingkup yang ditetapkan," jelas beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved