Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat sambutan Hari Kebangsaan 2026

31 Aug 2026 • 9:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat sambutan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan tema Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati membuka tirai dengan rasminya hari ini.

Acara sempena kemerdekaan negara ke-69 itu bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Sejurus keberangkatan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah di pentas diraja, lima pesawat iaitu tiga helikopter EC 725, AgustaWestland AW109 (Agusta A109) dan Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139 melakukan terbang lintas diiringi lagu kebangsaan Negaraku.

Baginda kemudiannya berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama.

Lagu Negaraku sekali lagi kemudian berkumandang serentak dengan acara menaikkan Jalur Gemilang bersama tembakan sebanyak 14 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Istiadat.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Timbalan Pesuruhjaya Bomba, Datuk Abdul Razak Muda selain disertai 69 wira merah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebanyak 76 kontinjen membabitkan 10,819 akan mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan, yang turut menampilkan sejumlah 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut serta darat selain 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Mereka mewakili pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta.

Selain itu, acara kemuncak dinantikan pengunjung turut melibatkan persembahan udara dengan formasi oleh Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ia membabitkan persembahan formasi aset udara termasuk pesawat tempur SU-30 MKM, Hawk, A400M dan pelbagai jenis helikopter.

Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut dengan laungan Malaysia Madani sebanyak tiga kali yang bergema di Dataran Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, barisan Kabinet termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, diplomat, perwakilan asing serta dif kenamaan.

Acara pada hari ini juga bakal diteruskan dengan persembahan khas ‘Rentak Madani Paluan Tradisi’ selain turut menawarkan penampilan istimewa Faizal Tahir bagi menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan 2026 bertajuk Aku Berjanji. – KOSMO! ONLINE

The post Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat sambutan Hari Kebangsaan 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved