Agong zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter

9 Sep 2026 • 1:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang serta petugas Kementerian Kesihatan yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak, semalam.

Seri Paduka Baginda berdua, turut mendoakan agar seluruh keluarga dan waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Al-Fatihah dan salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Jasa dan pengorbanan mereka akan sentiasa dikenang,” titah Seri Paduka Baginda hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi.

Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima maklumat tentang kejadian melibatkan sebuah helikopter BO-105 itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang – KOSMO! ONLINE

The post Agong zahir takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved