Ahmad Zahid serah nasib Najib kepada kebijaksanaan Agong

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 3:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ahmad Zahid serah nasib Najib kepada kebijaksanaan Agong

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung nasib Datuk Seri Najib Razak kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijadualkan esok.

Menurut beliau, pihaknya mengharapkan keputusan terbaik berhubung perkara itu, namun menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan.

“Kita mengharapkan yang terbaik dan kerana kuasanya adalah hak mutlak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

“Saya yakin budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku akan menentukan keputusan muktamad dan hak mutlak Tuanku untuk diumumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Buku 13 Propaganda Perang Sun Tzu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Ahmad Zahid serah nasib Najib kepada kebijaksanaan Agong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved