Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora

Music
24 Aug 2026 • 9:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora

BENAR kata orang, kadang-kadang kita perlu memberikan peluang kedua untuk melihat sebarang perubahan dalam suatu perkara. 

Itulah yang berlaku pada Latihan Pestapora Malaysia 2026 berlangsung pada 15 Ogos lalu di Stadium Hoki, Kuala Lumpur. 

Perubahan yang dimaksudkan adalah dari segi aduan yang dibuat pada tahun lalu iaitu rungutan mengenai kekurangan penyediaan air sehingga ada segelintir penonton pengsan akibat dehidrasi. 

Bangkit daripada tahun lalu, pihak penganjur, Hitman Group, melakukan penambahbaikan dengan menambah gerai jualan air serta menyediakan kemudahan air percuma yang boleh diisi semula.

Perihal tersebut sekali gus memberikan kepuasan buat pengunjung yang mahu berhibur menyaksikan penyanyi kesayangan mereka. 

Image from: Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora

Tahun ini, barisan penyanyi di sebelah pagi adalah Fugo yang menyampaikan beberapa lagu Lagu Belada Kala Hujan, Salleh Wakeup!, Izinkan Aku, As Long As We Stay, Pentas Sandiwara dan 99

Persembahan kemudiannya diteruskan dengan gabungan Nadhif Basalamah, Aziz Harun dan Aisha Retno, sebelum digantikan dengan persembahan bertenaga daripada Last Child dan Insomniacks.

Meskipun matahari terpacak di atas kepala, pengunjung masih lagi kekal berada di hadapan pentas untuk menyaksikan Bernadya melayani jiwa galau mereka.

Beberapa seleksi hit disampaikan dengan sepenuh jiwa seperti Kata Mereka Ini Berlebihan, Satu Bulan, Kini Mereka Tahu, Apa Mungkin, Lama-Lama dan Untungnya,  Hidup Harus Tetap Berjalan. 

Malah, dia juga sempat menyampaikan beberapa lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya iaitu Laut Yang Tenang, Rabun Jauh dan Kita Buat Menyenangkan. 

Selesai daripada Bernadya, festival diteruskan dengan kehadiran Romantic Echoes, ramai ternanti-nanti kumpulan itu menyanyi secara langsung walaupun cuaca sangat panas. 

Kumpulan Ruffedge dan Lah Ahmad juga tidak kurang bertenaga apabila menyampaikan beberapa lagu sekali gus mengimbau memori zaman 1990-an. 

Malah, yang lebih mengagumkan Lah sempat mengakhiri persembahannya dengan lagu Salam iaitu sebuah lagu kerohanian yang membawa tema tentang hijrah, keinsafan diri, dan kembali kepada jalan Allah SWT.   

Sebelum matahari terbenam, Juicy Luicy dan Mahalini tampil ke pentas memukau peminat. 

Image from: Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora

Terkenal dengan genre pop dan R&B dengan sentuhan elemen jazz, kumpulan asal Bandung itu menyampaikan lagu Lantas, Malapetaka, Bukan Orangnya, Gurun Hujan, Tanpa Tergesa, Tak Ditanganku, Lampu Kuning dan Tampar. 

Mahalini pula yang cukup dikenali dengan lagu galau mendendangkan Mati-Matian, Mencintaimu, Bawa Dia Kembali, Sisa Rasa, Bohongi Hati, Sial, Untuk Yang Bersama Nya. 

Dia juga sempat menyampaikan lagu Percuma nyanyian asal Anggis Devaki dan Betrand Putra Onsu yang bakal dilancarkan dalam versinya. 

Malam pesta tarian 

Menjelang sebelah malam, Masdo X Gerhana Ska Cinta mengambil tempat untuk memukau pengunjung dengan persembahan mereka. 

Ternyata ramai yang terhibur dengan cara sendiri termasuk menari dalam kumpulan mahupun di kerusi duduk masing-masing sepanjang 45 minit beraksi. 

Suasana panas tersebut dikawal Tulus yang mempamerkan lantunan vokalnya yang persis seperti suara ‘telan kaset’.

Acara paling dinantikan adalah persembahan single terbaharunya berjudul Teh Hijau yang sangat popular sejak dilancarkan pada hujung Jun lalu. 

Giliran Raja Dangdut tampil ke pentas dan membuatkan majoriti pengunjung berdiri dan menari. 

Image from: Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora

Bukan kerana terpikat dengan lagu-lagunya, tetapi tenaga yang diberikan Rhoma walaupun pada usia 80 tahun seiring dengan penyanyi latar belakang (backup vocal) yang menyajikan koreografi hebat sepanjang persembahan berlangsung. 

Rata-rata pengunjung turut meniru dan mengikuti tarian penyanyi latar belakang tersebut.

Selepas Rhoma, Maliq & D’ Essential pula mengawal pentas dengan lagu-lagu popular mereka termasuk Penasaran (nyanyian asal Rhoma) yang bikin seluruh ruang bergelek. 

Latihan Pestapora Malaysia 2026 ditutup dengan persembahan Tipe-X. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan pemilihan Tipe-X sebagai penyanyi penutup sebagai pilihan terbaik memandangkan ramai pengunjung pulang dengan berpuas hati. 

Masakan tidak, ketika lagu Kamu Ngga Sendirian, hampir kesemua pengunjung di hadapan pentas membuat bulatan besar dan menari bersama-sama.


The post Air percuma, ‘lineup’ function teruk kemenjadian Pestapora appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved