Akauntan didakwa bantu syarikat ‘lari’ cukai RM2.53 juta

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 11:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Akauntan didakwa bantu syarikat ‘lari’ cukai RM2.53 juta

GEORGE TOWN: Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membantu dan menasihati sebuah syarikat mengemukakan penyata pendapatan yang mengakibatkan cukai terkurang lapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM2.53 juta.

Chew Ai Keow, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Idayu Salim.

Tertuduh didakwa membantu atau menasihati syarikat berkenaan yang dikehendaki mengemukakan penyata pendapatan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 antara Januari hingga Mac 2021 di sebuah premis di Jalan Gurdwara, Hexagon Tech Park di sini.

Wanita itu didakwa menyemak dan meluluskan penyediaan lejar jualan tanpa memasukkan transaksi jualan berjumlah RM10,678,133 seperti yang terdapat dalam penyata akaun bank milik syarikat berkenaan.

Perbuatan itu didakwa menyebabkan penyata pendapatan melalui Borang C bagi Tahun Taksiran 2020 bertarikh 25 Mac 2021 yang dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terkurang lapor cukai sebanyak RM2,526,144.24.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen kepada pihak pembelaan. – UTUSAN

The post Akauntan didakwa bantu syarikat ‘lari’ cukai RM2.53 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved