Aktivis masyarakat mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terkait institusi diraja

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Aktivis masyarakat mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik terkait institusi diraja
Islah Wahyudi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. Foto: Bernama

SEPANG - Seorang aktivis masyarakat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan media sosial untuk memulakan penghantaran komunikasi jelik dipercayai berkaitan institusi diraja.

Islah Wahyudi Zainudin, 46, yang merupakan calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 lepas, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Instagram melalui akaun "randuk malaysia" telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melampau sifatnya pada kira-kira jam 3.20 petang, 14 Januari lepas.

Hantaran itu kemudiannya dilihat kira-kira jam 3.20 petang pada 24 Januari lepas di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya di Selangor.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin namun peguam Aidil Khalid merayu anak guamnya diberi jaminan rendah iaitu RM3,000.

Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 September ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved