Aktiviti pasaran luar biasa saham Ni Hsin dorong Bursa Malaysia bertindak

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 12:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aktiviti pasaran luar biasa saham Ni Hsin dorong Bursa Malaysia bertindak Image from: Aktiviti pasaran luar biasa saham Ni Hsin dorong Bursa Malaysia bertindak sarah30/10/2026 - 12:31 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Okt - Aktiviti pasaran luar biasa (Unusual Market Activity, UMA) membabitkan saham Ni Hsin Group Bhd mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan rasmi susulan kejatuhan mendadak harga saham syarikat itu yang disertai jumlah dagangan tinggi sejak kebelakangan ini.

 

Bursa Malaysia pada Jumaat mengeluarkan pertanyaan UMA bagi mendapatkan penjelasan mengenai faktor yang mungkin menyebabkan pergerakan luar biasa saham berkenaan.

 

Menurut pengumuman Bursa Malaysia, Ni Hsin diminta mengesahkan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang belum diumumkan, termasuk urusan yang masih di peringkat rundingan atau perbincangan.

 

Syarikat itu turut diminta menjelaskan sama ada terdapat khabar angin, laporan berkaitan perniagaan atau faktor lain yang boleh mempengaruhi aktiviti dagangan sahamnya.

 

Selain itu, Ni Hsin perlu mengesahkan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia, khususnya kewajipan membuat pendedahan segera mengenai maklumat material.

 

Jawapan kepada pertanyaan UMA itu perlu mendapat pengesahan lembaga pengarah dan dikemukakan segera melalui sistem Bursa LINK selepas syarikat mendapatkan maklumat daripada pengarah, pemegang saham utama serta pihak berkaitan.

 

Bursa Malaysia turut menasihatkan pelabur supaya mengambil kira penjelasan rasmi Ni Hsin apabila diterbitkan sebelum membuat keputusan pelaburan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved