Bursa Malaysia tuntut penjelasan Ni Hsin susulan kejatuhan mendadak harga saham

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 12:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa Malaysia tuntut penjelasan Ni Hsin susulan kejatuhan mendadak harga saham Image from: Bursa Malaysia tuntut penjelasan Ni Hsin susulan kejatuhan mendadak harga saham sarah30/10/2026 - 12:31 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Okt - Kejatuhan mendadak harga saham Ni Hsin Group Bhd yang disertai jumlah dagangan tinggi mendorong Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (Unusual Market Activity, UMA) kepada syarikat itu pada Jumaat.

 

Menurut pengumuman Bursa Malaysia, Ni Hsin diminta menjelaskan sama ada terdapat perkembangan korporat yang belum diumumkan, termasuk urusan yang masih dalam peringkat rundingan atau perbincangan, yang mungkin mempengaruhi aktiviti dagangan sahamnya.

 

Bursa Malaysia turut meminta syarikat mengesahkan sama ada terdapat khabar angin, laporan atau faktor lain yang boleh menerangkan pergerakan luar biasa harga dan jumlah dagangan saham berkenaan.

 

Selain itu, Ni Hsin perlu mengesahkan pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia, khususnya kewajipan membuat pendedahan segera mengenai maklumat material.

 

Syarikat dikehendaki mendapatkan maklumat daripada pengarah, pemegang saham utama serta pihak berkaitan sebelum mengemukakan jawapan yang disahkan lembaga pengarah melalui sistem Bursa LINK dengan segera.

 

Bursa Malaysia turut menasihatkan pelabur supaya mengambil kira penjelasan rasmi Ni Hsin apabila diterbitkan sebelum membuat keputusan pelaburan.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved