Amanah pertaruh Mukhlis Mubin, calon muda graduan undang-undang tawan Kuala Linggi

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 6:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amanah pertaruh Mukhlis Mubin, calon muda graduan undang-undang tawan Kuala Linggi
Adly (enam dari kanan) mengetuai senarai calon PH PRN Melaka.
Image from: Amanah pertaruh Mukhlis Mubin, calon muda graduan undang-undang tawan Kuala Linggi
Mukhlis merupakan calon paling muda PH daripada Amanah akan bersaing PRN Melaka.

MELAKA – Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan calon termuda, Mukhlis Mubin, 23, bagi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, Mukhlis yang merupakan graduan bidang undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih berdasarkan pencapaian dan bakat dimilikinya.

“Walaupun masih belum menghadiri majlis konvokesyen, kita memilihnya berdasarkan pencapaian dan bakat yang ada padanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman calon PH bagi PRN Melaka yang disempurnakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Stadium Hang Jebat pada Sabtu.

Pada majlis itu, seramai 21 calon PH diumumkan dengan Amanah bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sembilan kerusi.

**media[3688571]**

Adly berkata, PH turut menampilkan calon baharu yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri serta golongan profesional bagi memperkukuh peluang gabungan itu pada pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, antara calon yang mempunyai pengalaman pentadbiran ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang bertanding di DUN Paya Rumput serta Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan di DUN Rembia.

“Azman mempunyai banyak pengalaman pentadbiran, manakala Mohd Khuzairie juga berpengalaman dalam pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.

“Selain itu, sebahagian calon yang diketengahkan juga terdiri daripada golongan profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Adly berkata, PH mengekalkan lima penyandang daripada keseluruhan 21 calon yang diumumkan, manakala tiga calon yang pernah bertanding sebelum ini turut diberi peluang sekali lagi.

“Tiga calon berkenaan ialah Datuk Genie Lim yang bertanding di DUN Machap Jaya, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat di DUN Durian Tunggal serta Farzana Hayani Mohd Nasir di DUN Klebang, selepas pernah bertanding di DUN Sungai Rambai.

“Secara keseluruhan 21 calon, lima penyandang dikekalkan, tiga calon yang pernah bertanding sebelum ini diberi peluang sekali lagi, manakala 13 lagi ialah muka baharu yang belum pernah bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved