Amazfit Helio Strap Diperkenalkan Dengan Hayat Bateri 10 Hari

TechnologyDigital
25 Jun 2025 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemantauan kesihatan tidak lagi terhad kepada jam tangan, gelang tangan atau cincin pintar semata-mata. Kini semakin banyak peranti pintar baharu diperkenalkan ke pasaran dengan ciri pemantauan kesihatan yang setanding. Jika sebelum ini terdapat peranti seperti Garmin Index Sleep Monitor, terkini Amazfit pula memperkenalkan Helio Strap sebagai satu alternatif moden yang mudah digunakan.

image is not available

Helio Strap ialah aksesori pintar yang menyerupai jam tangan tetapi direka tanpa skrin. Peranti ini sangat ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Ia berfungsi unntuk menjejak proses pemulihan tubuh serta merekod data berkaitan kesihatan secara berterusan seperti kadar degupan jantung dan corak aktiviti harian.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh Helio Strap ini termasuklah kemampuan memantau kadar degupan jantung sepanjang hari. Ia juga mampu mengenalpasti lebih daripada 27 jenis senaman secara automatic sesuai untuk individu yang menjalani rutib harian yang pelbagai.

image is not available

Selain itu, Helio Strap turut dilengkapi dengan sistem skor BioCharge yang berfungsi membantu pengguna menilai tahap tenaga dan pemulihan tubuh berdasarkan corak aktiviti harian masing-masing. Keistimewaan lain yang turut ditawarkan ialah pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran langganan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang tersedia ini.

image is not available

Helio Strap mampu beroperasi sehingga 10 hari dengan sekali pengecasan. Selain itu, peranti turut boleh befungsi sebaiknya dengan beberapa peranti dan aplikasi dalam ekosistem Amazfit, termasuk Balance 2, Helio Ring dan aplikasi Zepp untuk pengalaman lebih menyeluruh.