AMD Ryzen 7 5800X3D Dijenamakan Semula Untuk Menyambut Ulang Tahun Ke-10 Soket AM4

LocalTechnology
17 Apr 2026 • 2:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800X3D merupakan salah satu cip pemprosesan yang digunakan oleh ramai orang untuk membina komputer desktop gaming yang berkuasa. Ia digunakan pada platform papan induk AM4 yang diperkenalkan 10 tahun lepas, dan masih disokong sehingga hari ini, walaupun AMD telah berpindah kepada siri cip AMD Ryzen 9000 dan siri papan induk AM5.

Untuk menyambut ulang tahun ke-10 platform papan induk AM4, AMD nampaknya akan memberi cip AMD Ryzen 7 5800X3D penjenamaan ulang-tahun ke-10 sebagai CPU pilihan untuk platform tersebut.

— HXL (@9550pro) April 16, 2026

Menurut peniris maklumat tersebut, cip pemprosesan ini adalah cip AMD Ryzen 7 5800X3D yang sama, cuma dengan penjenamaan pakej yang menandakan bahawa ia adalah model ulang-tahun ke-10 platform papan induk AMD AM4 dengan tiada perbezaan lain.

Image from: AMD Ryzen 7 5800X3D Dijenamakan Semula Untuk Menyambut Ulang Tahun Ke-10 Soket AM4

Dalam pada itu, cip pemprosesan ini juga nampaknya hanya akan ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih sahaja, khususnya untuk pasaran China buat masa ini, melihat kepada gambar yang diperlihatkan. Setakat ini ia tidak diketahui lagi di pasaran manakah cip pemprosesan ini akan ditawarkan, khususnya apabila secara teknikalnya cip ini tidak lagi ditawarkan di sejumlah pasaran besar seperti Amerika Syarikat.