Amyra Rosli selamat bersalin cahaya mata lelaki

EntertainmentLifestyle
10 Sep 2026 • 8:57 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Amyra Rosli selamat bersalin cahaya mata lelaki

KUALA LUMPUR – Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pagi Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian berkenaan, Amar menzahirkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak selain memaklumkan keadaan ibu dan bayi masing-masing sihat.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan. Baby sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat dan melalui proses recovery,” kongsinya.

Amar turut merakamkan penghargaan kepada keluarga, sahabat serta semua pihak yang mendoakan kelahiran cahaya mata mereka.

“Terima kasih buat keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian,” katanya.

Dalam hantaran sama, Amar turut menitipkan doa agar anak lelakinya itu dikurniakan kesihatan, iman dan akhlak yang baik serta membesar sebagai anak soleh.

“Ya Allah, berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik.

“Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Mu aamin,” katanya.

Perkongsian tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen yang tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata baharu pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2 November 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 8, dan Ayra Aryssa, 5.

Kelahiran cahaya mata lelaki itu melengkapkan lagi keluarga kecil pasangan selebriti berkenaan.

The post Amyra Rosli selamat bersalin cahaya mata lelaki appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved