Anak Ismail Lasim ‘spill the tea’ ada pihak jadi kambing hitam

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 2:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak Ismail Lasim ‘spill the tea’ ada pihak jadi kambing hitam

SEREMBAN – Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihak lain berhubung perletakan jawatan bapanya sama ada atas arahan parti.

Menerusi hantaran di status media sosial Instagram, anaknya, Naim Ismail yang menggunakan akaun @naimismaill_ memberikan isyarat seolah-olah ada pihak lain yang menjadi ‘kambing hitam’.

“Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?,” tulisnya.

Menurutnya, dari awal lagi segala arahan parti telah dipatuhi bapanya, namun mengecewakan apabila ia berakhir begini.

Dalam hantaran sama, beliau turut mengingatkan pihak tertentu tidak menjadikan orang lain sebagai kambing hitam demi kepentingan masing-masing.

“Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri. Jangan kerana kepentingan pihak tertentu orang lain dijadikan kambing hitam. Kalau betul nak menjaga parti, jangan sampai orang sendiri diperlakukan macam ini,” katanya.

Jelasnya, semua orang tahu apa yang berlaku dan jangan buat seolah-olah hanya satu pihak yang bersalah.

Sebelum ini, media melaporkan, Ismail meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz berkuat kuasa Isnin.-KOSMO! ONLINE

 

The post Anak Ismail Lasim ‘spill the tea’ ada pihak jadi kambing hitam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved