Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

8 Nov 2026 • 2:09 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin 48, meninggal dunia di Hospital Ampang, sekitar jam 11 pagi tadi.Difahamkan menurut laporan Harian Metro, berita duka itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Sandakiah Azez kepada pihaknya.Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico dimasukkan di sebuah wad hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas."Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), tapi pada Khamis lepas dah dimasukkan ke wad biasa."Bagaimanapun punca kematiannya belum dapat dikenalpasti," katanya.Terdahulu Cico yang mula aktif berlakon sejak 1993, dikesan berdepan masalah kesihatan penghujung tahun 2016.Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved