Seorang lagi mangsa nahas Kunak-Semporna maut

27 Aug 2026 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Seorang lagi mangsa nahas Kunak-Semporna maut
Ricky

KUNAK - Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan sebuah kenderaan terbabas di Kilometer 7, Jalan Kunak-Semporna, di sini disahkan meninggal dunia pada petang Rabu.

Kematian mangsa, Ricky Anak Barnabas, 32, menjadikan jumlah korban dalam nahas membabitkan sebuah keluarga itu meningkat kepada empat orang.

Ricky dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Rejali Angong ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

"Ya, seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Tawau pada petang semalam.

"Ketika ini, kita masih menunggu laporan bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook turut memuat naik hantaran mengenai kehilangan ahli keluarganya yang dipercayai terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Difahamkan, tiga mangsa yang meninggal dunia sebelum ini dikenali sebagai Veronica, 52; Sylallone S Lagang, 39; dan Sylvia Syerlyn, 8.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tiga sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan Perodua Viva, pada petang Selasa, dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kalabakan, Tawau, menuju kediaman mereka di Kampung Sungai Langgas.

Dalam kejadian itu, tiga lagi ahli keluarga dilaporkan cedera termasuk seorang daripadanya parah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved