Jalaluddin Alias tolak sertai kerajaan negeri -“Saya bukan orang yang gilakan jawatan”

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan beliau tidak berminat untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam kerajaan negeri, sebaliknya mahu memberi peluang kepada pemimpin baharu menerajui pentadbiran Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ramai lagi pemimpin berwibawa mampu galas tanggungjawab

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu menyatakan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai ramai pemimpin berwibawa yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai barisan Exco kerajaan negeri.

“Saya tidak mahu dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan negeri,” ujarnya.

Image from: Jalaluddin Alias tolak sertai kerajaan negeri -“Saya bukan orang yang gilakan jawatan”

Barisan Nasional tidak ketandusan pemimpin

Menurutnya, semua calon UMNO yang bertanding dalam PRN baru-baru ini merupakan pemimpin terbaik dan layak diberi peluang untuk menyertai pentadbiran negeri.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemim­pin yang boleh diketengahkan untuk mentadbir Negeri Sembilan. Kita ada pemimpin Melayu, Cina dan juga dari rakan kerjasama iaitu Perikatan Nasional.
“Yang penting Negeri Sembilan mempunyai barisan kepemimpinan yang bertenaga serta mampu membentuk gandingan mantap untuk memperbaiki urus tadbir kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Tak hadir istiadat kerana lambat terima notis

Mengulas ketidakhadirannya pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan, Jalaluddin menjelaskan beliau hanya menerima notis jemputan pada awal pagi dan ketika itu sudah mempunyai komitmen lain yang memerlukan kehadirannya.

Walau bagaimanapun, beliau yakin Menteri Besar yang baharu, Datuk Ismail Lasim mampu menjalankan amanah dengan baik berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki.

“Apa pun alasan, yang paling penting istiadat itu berjalan dengan lancar dan Menteri Besar yang baharu iaitu Datuk Ismail Lasim sudah dilantik dan saya yakin beliau mampu melaksanakan tugas yang baik berdasarkan pengalaman beliau yang luas.
“Sejak dari awal saya telah tegaskan bahawa sesiapa saja daripada kalangan 14 pemimpin UMNO yang bertanding dalam PRN kali ini boleh dilantik sebagai Menteri Besar kerana kita pilih pemimpin yang terbaik sebagai calon pilihan raya,” ujarnya.

Image from: Jalaluddin Alias tolak sertai kerajaan negeri -“Saya bukan orang yang gilakan jawatan”

Tak kecewa atau merajuk

Ketika ditanya sama ada beliau kecewa atau merajuk kerana tidak dipilih sebagai Menteri Besar, Jalaluddin menafikan perkara itu dan menegaskan beliau bukan seorang ahli politik yang mengejar jawatan.

“Adakah kamu (wartawan) dengar suara saya ini seperti orang yang marah atau merajuk? Saya bukan orang yang gilakan jawatan,” tegasnya.

Beliau turut memaklumkan tugas sebagai wakil rakyat tetap diteruskan seperti biasa sejurus selesai PRN, malah memilih untuk memandu sendiri ke lokasi tugasan selepas mengarahkan kakitangannya berehat kerana keletihan sepanjang tempoh kempen.

“Selain ADUN, saya juga adalah Ahli Parlimen yang mana tanggung jawab itu juga memerlukan saya bergerak setiap masa tanpa perlu menunggu majlis atau program peringkat negeri.
“Hari ini saya arahkan kakitangan seperti pemandu supaya berehat kerana mereka telah letih mengharungi kempen pilihan raya. Jadi saya memandu sendiri untuk pergi menunaikan tanggung jawab sebagai wakil rakyat. Tiada masalah,” katanya.

Image from: Jalaluddin Alias tolak sertai kerajaan negeri -“Saya bukan orang yang gilakan jawatan”

Sumber: Utusan Malaysia (Nurin Nabilah Mahmod)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved